Monday, May 7, 2018

Assalamualaikum,

Salam sejahtera buat semua rakan-rakan pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap anda semua masih dalam keadaan sihat walafiat, mampu untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pekerja di mana-mana organisasi pun. Mudah-mudahan segala urusan anda dipermudahkan. Amin.

Ok, begitu lama penulis tak update entri terbaru dalam blog ini. Jadi untuk merapatkan kembali gap yang sedia ada, penulis gigihkan kembali untuk blogging dengan tajuk terbaru seperti yang di atas. Aha..itulah dia contraction. Selama tujuh jam contraction dalam bilik persalinan betul-betul membuatkan penulis rasa insaf akan kesabaran dan kecekalan seorang isteri melahirkan anak kedua kami.

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya isteri penulis telah selamat bersalin puteri kedua seberat 2.6kg pada 1 April jam 2:35am di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru. Kisah bermula apabila pagi 31 Mac 2018 isteri penulis mengatakan mengalami 'water leaking' dan ketika itu penulis masih lagi mamai-mamai baru bangun tidur. Melihatkan keadaan sedemikian, kami bersiap-siap beg pakaian untuk ke Hospital. Alisha kami hantar ke rumah pengasuh buat sementara waktu kerana neneknya akan ambil Alisha untuk bawa ke Hospital sejurus selepas itu. Setelah sampai ke HSI penulis menurunkan isteri di ruang Emergency bersalin dan kemudian cari parking kereta. Alhamdulillah, sabtu pagi itu masih ada banyak lagi petak parking. Nak letak kereta lama-lama di Emergency sambil memimpin tangan si isteri ke dalam wad bersalin kena sound pula dengan auntie guard yang bertugas di situ. Ish..takpalah dah tugas diakan.

Setelah isteri mendaftar dan membuat check-up di Bilik Saringan, didapati baru 2cm bukaan laluan bersalin . Untuk betul-betul bersalin bukaan laluan ialah 10cm. Maka si isteri pun dihantar ke Wad Bersalin 4A (Antenatal) menunggu sampailah ke waktu Maghrib. Di Wad ini ditempatkan ibu-ibu yang menanti masa untuk bersalin. Sewaktu menunggu tu adalah beberapa kali isteri mengalami contraction dan suami pula dengan rela hati menyerahkan tangan kirinya untuk dicengkam oleh isteri. 

Tinggal bekas sehingga kini. Itulah dia cengkaman kasih sayang isteri ketika bersalin.

Oh, nyamannya.    Bertabahlah..sedangkan yang nak bersalin tu lagi sakit rasanya jika nak dibandingkan yang kena cengkam ni. Hehe. Ucapan terima kasih penulis kepada keluarga belah isteri kerana turut ziarah kami berdua di sini. Yang paling meruntuhkan jiwa penulis ialah ketika mak mertua nak pulang semula ke rumah dan menyuakan tangan ke arah anaknya untuk bersalaman lalu sekuntum ciuman hinggap ke dahi tersebut. oh syahdunya ketika itu. Tidak ada perkataan malah ayah untuk dinyatakan. Sebak! Itulah kasih sayang seorang Ibu kepada anak. Walaupun ahli keluarga penulis rata-ratanya menetap di Kuala Lumpur, aura kasih sayang itu tetap ada. Doaku untuk mereka semua di sana agar sentiasa dalam perlindungan dan Rahmatmu Ya Allah.

Penulis mendirikan solat Zuhur dan Asar di surau luar pintu Wad 4A, tak jauh pun dari wad tersebut. Dekat sini nanti adalah yang sudi untuk menjadi Imam. Alhamdulillah. Disediakan kain pelikat untuk kita memakainya. Walaupun seluar pendek melepasi paras lutut, eloklah jika disalin dengan kain pelikat, lebih selesa begitu. Kemudian setelah Maghrib lebih kurang jam 7:45pm isteri penulis dihantar pula ke bilik bersalin. Di sinilah contraction kerap berlaku. Di sinilah juga ujian yang bakal dilalui baik si suami ataupun isteri. Penulis dibenarkan masuk kerana bawa sekali salinan sijil nikah bagi menemani isteri sepanjang tempoh bersalin. Walaupun mengambil masa lebih kurang tujuh jam untuk deliver si comel Ariana Safiya, amat besar sekali ertinya buat kami berdua. Kesabaran dan ketabahan dilalui dipanjatkan kesyukuran kami ke hadrat Allah S.W.T.

Terima kasih buat Doktor dan Jururawat bertugas pada ketika itu. Jangkaan waktu bersalin ialah pada pukul 3:30am ikut pengiraan Doktor. Tetapi si comel kami keluar pada pukul 2:35am. Alhamdulillah. Sekalung penghargaan buat HSI, Doktor dan tak lupa juga Jururawat terlatih yang deliver anak kami. Sempat lagi Nurse bertanya haa..nampak tak apa yang dah nak keluar tu? Waktu itu penulis sedang memberi rangsangan positif pada isteri. Bila lihat dibawah, Subhanallah..dah nampak kepalanya. Maka si isteri pun push lagi hinggalah selesai. Anak dilekapkan ke badan Ibu sambil Nurse menerangkan waktu bersalin jam berapa, jantina anak, etc di atas helaian kertas dan Isteri pun menurunkan tandatangannya. Kemudian si comel dibawa oleh Nurse yang lain. Waktu ini penulis lihat si comel sedang dibersihkan oleh Nurse tersebut. Kemudian beliau letakkan kembali dalam baby crib Hospital. Waktu inilah penulis mengambil peluang untuk azan dan iqamat di kedua belah telinga anak kami.

Syukur ke hadrat Illahi. Barulah tahu rasa penat di Hospital macam mana. Inikan pula isteri yang mengandungkan anak. Alahai...

Nak dipendekkan cerita agak ramai juga ibu-ibu yang bersalin pada tengah malam itu. Manakan tidak, kesemua mereka ditolak dengan stretcher ke wad yang lain pula. Semacam berpesta Nurse yang menolak stretcher tersebut. Isteri dan anak kami dibawa ke wad 4C (Low-risk Postnatal). Ingatkan dah boleh balik pagi tu, rupanya buat ujian darah si comel terlebih dahulu. Postpone balik rumah. Esok baru boleh balik. Tak mengapalah, asalkan selamat kedua-duanya. Tapi penulis masih ingat lagi, puan isteri kata takpe abang balik rumah dulu rehat dan bersihkan badan, nanti datang lagi kat sini eh. Alhamdulillah. On way balik ke rumah mata mengantuk sangat, ada masanya terhuyung-hayang tangan yang memegang stereng. Subhanallah...Uri pula telah dibungkus dengan baik siap dengan sarung tangan getah. Penulis bercadang nak tanam uri pada keesokan harinya. Jadi letaklah dulu dalam icebox. Mengantuk...

Baiklah, nanti penulis sambung lagi eh entri ini.

Wassalam...

Jeffri Rahman

Producer . Cinematographer . Editor


Share:

Wednesday, March 21, 2018

FCP X pun boleh export file MXF

Assalamualaikum...Salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Diharapkan anda semua masih dalam keadaan sihat walafiat, terus bertenaga dalam mengharungi kehidupan serba mencabar sekarang ini. Dengan longgokkan kerja yang banyak, masa yang terasa semakin pantas, seolah-olah tidak cukup masa dalam satu hari. Subhanallah..mudah-mudahan kita masih berterusan mengukuhkan keimanan kita kepada Maha Pencipta, Allah Azza Wajalla.

Di sini penulis ingin meneruskan entri terbaru dalam blog ini dengan hal berkaitan kerja. Lebih spesifik lagi ialah video editing. Dan untuk mengecilkan lagi skop yang ingin disampaikan ialah berkenaan cara untuk kita export file .mxf menggunakan FCPX. Oleh kerana file .mxf ini sangat popular dalam kalangan video kamera berjenama Panasonic, Sony dan Canon, maka timbul pelbagai persoalan berkaitan hal ini. Insha Allah...di sini penulis akan cuba breakdown step by step bagaimanakah caranya.

Baik, tapi apakah format .mxf?

MXF ialah file format video dan audio yang standard dalam industri penyiaran. Sama seperti file format QuickTime, file MXF juga mengandungi maklumat mengenai media yang terkandung dalam file MXF. Maklumat ini juga dikenali sebagai metadata seperti berikut iaitu; frame rate, frame size, creation date dan custom data yang dibuat oleh operator kamera, pembantunya atau archivist.

File MXF ini datangnya dari sumber yang pelbagai. Antaranya ialah dari sumber kamera seperti Sony (OP1a) dan Panasonic (OP-Atom. OP1b), sistem editing seperti Avid Media Composer atau peranti rakaman video yang lain.

Okay, bagi pengguna NLE tegar FCPX yang terbiasa output final produk dalam format .mov, sudah pasti ada kalanya bekerja dengan file extension yang berbeza dari biasa. Kalau sumber footage dari DSLR Canon file extension ialah .mov, kalau dari Sony Mirrorless camera file extension ialah .mp4, kalau dari video kamera Panasonic P2 file extension ialah .mxf. Tapi kalau pacak dengan Atomos Ninja beserta HDD 2.5 maka file extension akan menjadi .mov 422 Prores. Kalau import Red Raw footage, file extension ialah .R3D, tapi kenalah download Red Apple Workflow terlebih dahulu. Jalankerja pun dah berbeza. Tetapi penulis akan cuba fokus yang berkaitan .mxf sahaja.

Baik, apabila kita terima footage dari video kamera jenama Panasonic model P2 sebagai contoh, file extension video tersebut adalah dalam format .mxf. Bila mana kita dah copy kesemua file tersebut ke dalam external drive atau hard disk drive bay bagi tujuan editing, sudah pasti kita mahu playback terus ke dalam pc/mac kita. Tapi tak boleh sebab kita tiada player yang boleh support jenis media ini. Jadi kita perlu download player .mxf terlebih dahulu barulah boleh playback. Baik, itu baru playback. Tapi macam mana pula yang lebih advanced?

Kemungkinan besar finalize video tersebut akan ditayangkan ke udara melalui stesen tv dan perlu ikuti teknikal spek yang digariskan oleh mereka. Jika stesen tv tersebut mahukan format .mxf dan anda edit menggunakan FCP X dan tiada software seperti Apple Compressor untuk export ke format tersebut, ikuti langkah di bawah ini.

1) Sekiranya anda tiada software seperti Apple Compressor untuk melakukan tugas ini, tidak mengapa kerana apa yang anda perlu buat ialah download Apple Pro Video format di laman web berikut:

Untuk Mac OS X Versi 10.8 dan seterusnya
https://support.apple.com/kb/dl1396?locale=en_US

Untuk Mac OS X versi 10.11
https://support.apple.com/kb/DL1947?locale=en_US

Apple Pro Video format ialah apps yang menyokong video codec profesional antaranya ialah:
  • Apple Intermediate Codec
  • Apple ProRes
  • AVC-Intra 50 /100 / 200 / 4:4:4 / LT
  • AVC-LongG
  • XAVC
  • XF-AVC
  • DVCPRO HD
  • HDV
  • XDCAM EX / HD / HD422
  • MPEG IMX
  • Uncompressed 4:2:2


Apple Pro Video format juga menyediakan sokongan kepada file MXF seperti berikut:
  • Boleh playback MXF file dalam QuickTime Player dan sewaktu dengannya
  • Boleh digunakan dalam software Compressor 4.3 dan terawal sebagai plug-in dan preset

2) Setelah download, install apps ini (pastikan FCP X tidak dibuka pada waktu installation)

3) Selesai install buka FCP X dan bina Event dan Project baharu 

4) Import file .mxf dari external drive atau drive bay anda ke dalam browser window (cuba bina beberapa footage simple dari saiz yang kecil sebagai permulaan dan heret ke Timeline)

5) Kemudian tekan butang File dan pilih menu Share - Add Destination...
  • Window Destinations akan terpapar dan heret ikon Compressor Settings ke dalam Add Destination.
  • Setelah itu window Pro Video format akan terpapar seperti di bawah ini
  • Pilih setting MXF yang bersesuaian dengan technical requirement oleh Broadcaster 
  • Tekan butang OK dan setting tersebut akan terpapar pada window dialog sebelumnya
  • Tutup tetingkap Destinations untuk kembali kepada main screen





6) Pilih menu File dan klik menu Share 
  • Pilih setting yang telah disimpan tadi dan window export akan terpapar
  • Dah puas hati dengan settings tersebut, klik butang Next...dan pilih folder mana nak Save video tadi




7) Apabila selesai rendering, jom kita cek file tersebut

8) OK, confirm file .mxf dah bolet test playback kat VLC atau .mxf player yang lain (jika ada)



Jadi itulah dia serba sedikit yang dapat penulis kongsikan bersama anda semua bagaimana nak export file ke format .mxf menggunakan FCP X. Mudah-mudahan dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang sama seperti ini.

Wassalam.

Jeffri Rahman
Producer | Editor | Blogger

Share:

Sunday, February 25, 2018

Sempena Birthday Anak...

Assalamualaikum...dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat dan masih terus bertenaga melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan segala amalan baik kita diterima olehNya. Insha Allah.

Di kesempatan ini penulis memohon maaf kerana telah beberapa minggu tidak mengemaskini laman blog. Tidak ada sebarang alasan konkrit untuk menyatakan kenapa tidak kemaskini blog. Kerja di studio multimedia senantiasa ON sahaja. Kalau tidak sibuk dengan shooting di studio, pasti akan sibuk editing video MOOC dan sebagainya. Hakikatnya kita sebagai golongan pekerja sudah pasti menerima arahan kerja dari masa ke masa dan bukan duduk goyang kaki atau berfesbuk dan whatsapp semata-mata. Nah, penulis kembali dengan entri terbaru yer! 

Al-kisah..anak penulis yang comel ini namanya Alisha. Dari hari ke hari tak kira masa, pasti si dia akan bertanya mak atau ayah, "bila ayah cuti?, bila mak cuti?". Bila kita jawab hari Jumaat dan bertanya kembali "kenapa Alisha?". Pasti si dia akan menjawab, "nak pergi Legoland". Begitulah senario anak kami di rumah. Manakan tidak, sebelum ini kami pernah buat pass setahun di Legoland dan telahpun tamat tempoh pass tersebut. Kali ini si dia menuntut lagi nak berjalan ke sana. Bila ditanya nak main apa kat Legoland, pasti dia akan menjawab Ninja Go. Huhu..memang seronok main Ninja Go The Ride anak beranak, fire sana sini depan skrin. Insha Allah..nanti kita ke sana lagi yer nak. Mak pun tengah sarat mengandung sekarang ni.

Oleh kerana bulan Februari lepas merupakan Birthday si comel, maka puan isteri mencadangkan kami sekeluarga melayan tuntutan anak ke Hello Kitty. Biarlah dia bermain dari pagi sampai ke tengahari di situ. Maklumlah dah kepingin dibuatnya. Perjalanan dari Senai Ke Nusajaya melalui highway mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk tiba ke lokasi. Setibanya di Puteri Harbour, puan isteri pun berkata, eh bukan kat sini bang tempatnya..dalam bangunan tu haa. Laa ye ke? Maklumlah, tak pernah lagi ke sana. Puan isteri dan anak beserta Mak su dah pernah ke sini tak lama dahulu. Huhu dan huhu..Jadinya kami pun parking dalam bangunan. Sampai sudah. 


Mula-mula takut nak dekat dengan maskot 2 orang ni. Lepas tu terus melekat peluk. Sukalah tu.   Hailah nak..janji happykan. Melihatkan si comel bahagia dengan karakter Hello Kitty and the geng, mak dan ayah pun turut happy sama. Walaupun Puan isteri sedang sarat mengandung, tapi masih punya tenaga untuk bawa anak jalan-jalan ke mari. nasib baiklah Hello Kitty jer. kalau dekat Legoland, mungkin tak larat nak jalan di kedua-dua park. Mungkin bolehlah nanti lepas mak dah selamat bersalin, barulah kita pergi ke Legoland semula yer Alisha. :) Insha Allah...Baiklah setakat ini sahaja penulisan di kala ini, kita bertemu lagi di episod kedua akan datang yer. Tunggu...


Wassalam...

Jeffri Rahman
Producer | Blogger | Cinematographer

Share:

Wednesday, January 24, 2018

Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Diharapkan anda semua masih dalam keadaan sihat walafiat. Penulis kembali lagi dengan penulisan berkaitan kerja-kerja editing menggunakan software FCP X. Apabila mendengar sahaja tajuk di atas seolah-olah macam besar aje topik yang nak disampaikan ini tetapi sebenarnya tidak. Ia lebih kepada amalan penggunaan harian software ini yang mana kita sendiri silap dalam mengatur langkah Transition pada clip/footage di timeline.

Baik, kebanyakan daripada kita yang biasa menggunakan software NLE seperti FCP X atau Premiere Pro sudah pasti biasa mendengar dan menggunakan Transition pada klip/footage di timeline. Ada kalanya anda hanya menggunakan Transition pada waktu awal atau di penghujung klip/footage. Namun ada masa-masanya kita menggunakan Transition tersebut pada awal dan penghujung klip/footage. Tetapi apabila kita playback semula video pada timeline, Transition tersebut cuma nampak perubahan waktu awal sahaja tetapi lain jadinya pada waktu penghujung video. Puas dicari-cari macam mana nak betulkan keadaan ini. Adakah anda perlu aktifkan Show video animation pada FCP X untuk buat Transition pada klip tersebut? Ataukah anda buat cara lain yang tak masuk akal?   

Tajuk posting kali ini amat mudah dan ringkas bagi sesiapa sahaja yang menggunakan FCP X untuk kerja-kerja editing. Namun ada kalanya boleh mengelirukan kita. Seperti imej di bawah ini, kita lihat klip bertajuk blackboard. Terdapat dua Transition pada klip tersebut di awal dan akhir klip/footage. Transition di awal klip berubah seperti biasa dengan mengikut arahan. Nama Transition tersebut ialah Slide In. Akan tetapi Transition pada hujung klip yang bermasalah. Kita lihat kenapa.


Terdapat 2 Transition pada awal dan hujung klip. Kedua-duanya Slide In
 
Inilah yang terjadi bila kita letak Transition pada hujung klip. Overlap klip yang sebelumnya,



Bila kita semak balik pada property Transition, rupa-rupanya Transition hujung klip ini ialah jenis Slide In. Patutah klip tu overlap dengan klip asal. Sepatutnya ditukar kepada Slide Out
 
Kita kena tukar setting property Transition ini kepada Slide Out supaya bila timeline dah sampai dekat Transition hujung klip ini, klip akan terus Slide Out dari skrin.


Barulah jadi...senang jerkan trick ni? Tak susah pun..kadang-kadang bila 1st time guna Transition dalam FCP X selalu berlaku keadaan semacam ini. Tengok dulu property Transition ni pada
sebelah kanan atas skrin FCP X.

Walaupun tips ini amat mudah untuk diikuti, penulis harap anda semua dapt manfaatkannya dalam penggunaan FCP X. Mungkin juga anda tidak menggunakan transition. Tetapi tidak mengapa, penulis sememangnya suka berkongsi pengalaman. Mudah-mudahan anda semua terus maju dan maju dalam bidang video editing dan video production. 

Wassalam...

Jeffri Rahman
Multimedia Producer | Voice Over | Cinematographer

Share:

Sunday, January 7, 2018

Assalamualaikum..salam sedunia global dan sejagat penulis ucapkan pada semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Apa khabar korang semua? Diharapkan masih dalam keadaan sihat walafiat dan berterusan menghirup udara segar di kala ini. Untuk entri terbaru, penulis ingin berkongsi video demo voice over suara sendiri yang dirakam, edit, mixing oleh penulis. Masih ingat lagi dalam entri terdahulu berkenaan dengan apa skills penulis? Kalau tak ingat tak mengapa, penulis sharekan link di sini: Apa Skills Penulis?

Baiklah, di sini penulis ingin berkongsi beberapa demo rakaman voice over suara sendiri bagi tujuan pengkomersialan. Maksudnya penulis bersedia untuk menawarkan servis berkaitan voice over. Di bawah ini penulis sediakan demo voice over dalam bentuk video yang diedit menggunakan Adobe Spark.

Jika suara penulis ini matching dengan keperluan/kehendak anda, sila hubungi penulis bagi proses yang seterusnya. Ya..kita menggunakan suara sendiri, edit sendiri, mix sendiri untuk marketkan suara kita ke tahap yang seterusnya. 

Penulis menggunakan Audio Interface Focusrite, External Mic Pre bagi tujuan rakaman berserta DAW Adobe Audition untuk editing & mixing. Silalah melihat dan mendengar video voice over di bawah ini. Penulis sedia untuk menawarkan servis voice over. ;)

Cetus Idea Penulisan Skrip (Triggering Scriptwriting ideas)


Financial Commercial Script (Mortgages)


Retirement Community (Real Estate Commercial)


Online Travel Websites (Travel Industry Commercial)


New Homes (Real Estate Commercial)



Hubungi penulis untuk maklumat lebih lanjut berkenaan servis voice over ini.

Wassalam...

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice Over


Share:

Thursday, January 4, 2018

Assalamualaikum..selamat pagi dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog cubitsanasini.blogspot.my. Penulis harap anda semua dalam keadaan sihat walafiat dan masih berterusan melangkah ke hadapan dalam memulakan tahun 2018 ini. Baik, untuk mulakan entri terbaru 2018, penulis ingin mengajak semua pembaca kepada suatu fenomena biasa di negara kita Malaysia apabila tiba musim Durian. Yer..kebanyakan daripada kita merupakan hantu durian dan ada sebahagiannya langsung tak makan durian. Apa keslah korang ni! Ishh...   Kebetulan pada tahun penghujung 2017 sememangnya dinantikan oleh kita bagi penggemar buah durian. Dan penulis juga tidak ketinggalan meraikan pesta buah durian ini yang semakin dikenali ramai sebagai KENDURIAN. Maksudnya ialah kenduri durian. Haha..amek ko kelas! Ingat kenduri-kendara makan nasi beriani dan nasi minyak aje, inilah dia pesta yang tak hengat punya makan! Mana cukup makan 2-3 ulas jer kan, mesti nak makan sebijik dua durian baru puas, berjaga-jagalah kau dengan tahap gula dalam darah tu ya! Hehehe...



Alhamdulillah..puji dan syukur ke hadratNya. Durian FEST kali ini amat beruntung rasanya sebab pihak Bos berbesar hati untuk belanja kami semua staf UTMLead, UTM. Amat peka sekali pihak Bos  dengan suasana musim durian. SYABAS penulis ucapkan! Mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki mereka. Amin Ya Rabb. Sebelum kami dapat merasai keenakan durian ini, kami telah melihat dengan mata kepala kami sendiri di mana ada sebuah jabatan berhampiran dengan pejabat kami menganjurkan pesta makan durian untuk pejabat mereka. Wah..terliur rasanya. Jadi tidak lama selepas itu telah timbul cakap-cakap untuk mengadakan program sama seperti jabatan tersebut. Dan akhirnya berita ini telah sampai ke pihak pengurusan UTMLead. Maka pada 28 Disember 2017, setelah selesai sahaja senamrobik perdana UTM, salah seorang dari staf kami yang gigih dan bersemangat jitu telah ditugaskan untuk mencari durian. Dengan membawa van jabatan, memandulah dia ke Kampung Sawah, Pekan Nanas dengan harapan dapatlah nanti membawa longgokan durian yang enak-enak untuk dimakan bersama-sama. Berkat usaha yang padu akhirnya beliau telah membawa pulang buah durian yang begitu banyak jumlahnya yang cukup untuk dimakan oleh kami sepejabat berjumlah sekitar 30 orang. Yelahkan..ingat kopek sebiji durian tu boleh makan sorang ke? Mahu naik gula dalam darah kau! thehehe..opss! ada orang boleh makan lebih dari sebijik kau! hahaha... 



Antara longgokan durian yang perlahan-lahan makan akhirnya habis juga. hehehe..penulis duduk kat meja ni jer, tak perlu susah-susah cari meja lain. Dah berlambak dah ni. Tak payah nak berebut-rebut.

Penulis sempat mengambil seulas durian untuk jamah terlebih dahulu walaupun program belum mula secara rasmi. Yelahkan, nak ambil uniform anak di tadika, kemudian baru boleh sambung makan. Baik jamah dulu orang tua-tua kata, nanti kempunan.

 Molek ni, jom kopek dulu. Kata abang ni sambil diperhatikan adik baju biru di hadapannya...

Yer dik, abam pun setuju memang sedap yang ni, jomlah kita kopek sama2. Tak sabar dah ni. uhuk uhuk uhuk...  eh, ayah dia kat belakang tu yang baju lengan pendek. thehehe..sorry Bos!



Brader pakai topi merah ni geng panjat bukit & outdoor tracking. Selain bertubuh sado dan mantap dia juga rajin menolong orang lain. Wheeee......


Itu dia VC UTM pun turut hadir memeriahkan suasana. Amboi kau Amri,
siap berpayung bagai mengalahkan escort Datok. Kelasss!!  


Sepakat membawa berkat. Sama-sama kita menikmati durian Kampung Sawah. 



Bukan sahaja durian, malahan Cik Ram Rambut Rambutan pun turut menyerikan lagi majlis santai-santai KENDURIAN 2017


Lebih meriah lagi di majlis KENDURIAN ini adalah apabila salah seorang staf kita yang turut membawa pulut dan santan untuk dimakan dengan durian. Fuhh..memang masuklah dengan durian tu. Tak tau nak cakap apa dah. Dah malas nak fikir gula dalam darah ke, diabetes naik ke, yang penting dapatlah makan durian ni setahun sekali. Maklum sajalah..harga durian kini mencanak-canak harganya sampai tak masuk akal pun ada. Maosang king lagilah mahal..harapkan tebal aje, tapi berapa ulas ajelah ada dalam sebijik durian tu. Tapi kena ingat..kalau betul Maosang king yang sedap dan enak, bayar berapa ratus pun jadi berbaloi rasanya. Penulis ingat lagi dalam pertengahan tahun 2017 ini pergi ke rumah kakak di KL, abang ipar bawak durian dalam tupperware transparent tu. Ishh..kesiannya durian kena masuk tupperware, fresh pula tu. Tapi bila penulis makan...aduh bak hang!! MAOSANG KING GRED apa pun penulis tak tahu. Sedap bangat!! Huhu dan huhu..entah berapa ulas makan pun tak ingat! KELASSSS!!! Kalau timbang sebijik pun yang buat berat tu kulit, isi dalamnya yang nak makan. Hehehe..


Antara sebahagian staf UTMLead yang kacak dan comel lote memeriahkan KENDURIAN 2017 di belakang ofis jer. Tak payah jauh-jauh pun, tempat ini kita yang punya!  




Inilah dia kakak yang bawa pulut dan santan untuk dimakan dengan durian. Terima kasih kami ucapkan. Semoga dimurahkan rezeki yer Kak Balqis.  

Datuk VC, Datuk Pengarah UTMLead, Pengarah CALPD, masing-masing berbual ceria semeja. 



Antara staf UTMLead yang hadir memeriahkan program KENDURIAN 2017. Rugi woi tak turun ke mari. Oi oi oi...


Apa-apa pun penulis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengurusan UTMLead yang sudi untuk belanja kami semua staf yang memang kepingin nak makan durian. Walaupun durian kampung jer, tapi sedap sebab ramai-ramai dapat makan termasuklah VC UTM. Itulah namanya sepakat membawa berkat. Mudah-mudahan ada lagi surprise dan kejutan untuk kami staf biasa-biasa jer ni di masa akan datang. Atau lebih baik sekali ialah pada tahun baru ini 2018. Manalah tahukan Bos nak sponsor trip family day ke? Huhu...kita buat kerja dengan baik, tingkatkan produktiviti, nanti bos belanja kita lagi eh. Insha Allah....


Wassalam...

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Blogger

Share: