Wednesday, June 19, 2013

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali ke laman blog cubit sana cubit sini, cubit peha kiri peha kanan turut terasa. Ouch! ;) Itulah trademark kami sebelum adanya blog ini. Bermacam-macam idea berlegar dalam kepala tapi satu pun tak dapat nak dizahirkan apa yang patut dijadikan sebagai trademark! cis..ciss! Last2 sang isteri juga yang berikan idea simple tapi menarik untuk didengar. Yang taip ni pun suami dia juga. Hahaha! Ouchh!! Kan dah kena cubit dah ni! hihihi..tengah tunggu bilalah turn dia nak menaip pula ni, at least kita boleh kumpul bahan dan buat draft dulu dalam notepad ke, ms ofis ke...agar berterusan blog ini disajikan dengan pengalaman warna-warni yang telah kami lalui dalam kehidupan ini lalu dikongsikan bersama kepada anda semua sebagai tatapan dan kemungkinan juga panduan dan nasihat. ;p (konon dah pandailah tu nak bagi guide dan nasihat!) ;-)

Ok..memandangkan pada 24 Mei yang lalu adalah cuti bersempena Wesak Day, maka kami suami isteri telah pulang ke kampong saya menjalankan tanggungjawab sebagai anak soleh dan juga anak menantu yang solehah, chewah.. berbakul2 pujian ke atas diri sendiri. ;) Subhanallah...segala puji hanya bagi Allah.

Sebenarnya idea nak picnic ke Desaru ni datangnya dari mak saya sendiri yang kebetulan dah lama tak ke sana katanya. Dulu waktu arwah abah ada lagi memang selalu jugalah mereka ke sana berjalan ke Tanjung Balau jumpa kawan2 lama. Dan selalunya akan menginap di salah sebuah chalet di sana. Jadi untuk mengisi kekosongan masa pada hari sabtu bersamaan 25 Mei 2013, kami pun bergerak ke sana dari Kampong Serkat sekitar pukul 9 pagi melalui jalan Ayer Baloi, Pontian dan mengambil simpang ke Parit Panjang. Ohh yer..memandangkan kami dari arah Serkat, apa orang kata tu, southern most tip of asia..ahaha, jadi kami perlu melalui Jalan Parit Panjang untuk bertemu dengan Tol Sedenak dan akan melalui highway tersebut hinggalah exit ke Kulai. (lama ooo..dekat 2 jam drive) Rujuk google maps bawah ni:


Pasti ada yang tertanya2, apa yang bestnya kat Desaru tu? Bukannya ada tempat snorkeling ke, diving ke macam kat Tioman tu? ;p Huhu..iye, memang sangat2 betul tu. Desaru tu bagi orang Johor macam saya ni, adalah tempat rekreasi tepi pantai yang sesuai dijadikan sebagai camping site. Nak buat unggun api ala ala campfire sambil main gitar waktu malam..cewah. ;) Main gitar pun cuma pandai kord Am, G, F, C. Hihihi..

Kalau zaman kanak2 dulu, apabila diajak oleh orang tua ke Desaru jer, the 1st thing yang pop-up kat kepala ialah mandi laut beb! Best giler! Memang! Itulah 1st impression kita sebagai kanak2 menurut apa yang diceritakan oleh orang tua2 dahulu kala. Pergi Desaru jer mandi laut. Tapi..waktu tu budak lagikan, tak tau apa sangatlah, apabila dah dewasa ni dengar jer perkataan Desaru seolah2 dah takda lagi keceriaan macam dulu waktu zaman kanak2. Wallahuallam..mungkin kalau dah beranak cucu nanti boleh ceritakanlah macam orang dulu kala. Zaman ipad ni budak2 dah tak hirau kot! hihihi..

Ok, the 1st stop for picnic that day was Tanjung Balau, as planned before this with my mom..tempat public tu yang ada wakaf, ATV dan beberapa gerai menjual t-shirt serta makanan ringan. Tapi yang paling best tu mak membawa bermacam jenis makanan untuk picnic ni. Macam lauk nak berayalah pulak! Hihihi..(tak sempat nak rakam juadah ketika itu kerana perot sememangnya berkeroncong)

Amboi, seronoknya mika lepak dikelilingi dayang2 subsidi. Belum makan lagi ni. Sat lagi openlah tu mangkuk tingkat yang berzaman lamanya, sampai sekarang ada lagi tau!

Siap bawak tikar pandan sekali tu yer. ;) Erm..waktu kami semua sedang menjamu selera pada tengahari itu, tiba2 datang 3 orang kaum cina berumur lebih kurang mak saya jugalah. Mereka sempat memberikan kuntuman senyum pada kami semua lalu merapati wakaf yang sedang kami lepak ketika itu, (al-maklum cuaca panas ketika itu) Kebetulan mak saya ni peramah orangnya lalu mereka pun berbual dengan begitu mudah dan mesra. Dari perbualan yang saya dengari, kebanyakan cerita mereka berkisar mengenai tahap kesihatan masing2. Biasalah tu, macam2 nak dikongsikan tentang blood sugar, blood pressure. jogging dan bermacam lagi cerita yer. Sampai sempat snap gambar mereka berdua ni.

 Beginilah kita sebagai rakyat Malaysia yang menitikberatkan perpaduan antara kaum. Saling berbudi bahasa sesama kita. Amboi..siap letak tangan kat bahu mak lagi tu. Macam ni contoh baik.. ;)

Sedang mereka ni berbual, husband kepada auntie kat sebelah mak tu (gambar di atas) boleh dikatakan 'somebody' jugalah mengikut perbualan mereka. Tapi low profile orangnya..itulah apa yang mereka cerita dan itulah apa yang kami dengar dan nampak. Yang penting kita berniat baik dalam pergaulan.

Ok, apa kata lihat beberapa keping foto yang sempat snap di Tanjung Balau.

Sempat juga snap lanskap di kampong sendiri. Di serkat ni tau bukan Tanjung Balau. ;)

Aha..inilah dia pantai Tanjung Balau. Landai pantainya, sesuai jugalah mandi kat sini. Siap ada life guard dengan mikrofon sekali. "Haa..jangan berenang melebihi tiang tu, arus deras!" Begitulah..

 Mari mandi yeaa..mari mandi uii! mari mandi
peloh! oh yeah..(berpeluh ketiak time ni) hihihi.. ;p

Ok..the 2nd stop of picnic moment that day was Desaru. (desaru public beach) It took only a few minutes drive from tanjung balau to get there. Kalau anda semua perhatikan foto2 di bawah ni dan buat perbandingan antara tanjung balau dan desaru, rasanya sudah tentu anda mempunyai penilaian tersendiri terhadap apa yang ingin dilakukan jika sampai di tanjung balau...buat itu buat ini...aktiviti itu aktiviti ini..dan begitu jugalah keadaannya apabila tiba ke desaru. Opss..lupa nak nyatakan di sini iaitu, desaru public beach, dan entrance fee ialah RM...err, sebuah kereta berapa RM eh? Tak ingatlah pula..issshhh!! Grrr..macam manalah boleh lupa ni? Ermm...tapi saya boleh simpulkan bawah RM 10. Aha..gitulah.

dekat sini lanskapnya memanglah hijau dan sangat sesuai kalau nak berehat kat bawah pokok tu ke..atau idea lebih baik lagi, bawak pengantin outdoor wedding kat sini ke..hihihi..;p

aha..rasa2nya anda dah dapat gambaran sebenar apa aktiviti yang sesuai dibuat di sini. Tengok tu, agak-agaknyalah, apa yang sedang mereka bualkan tu ek? "Eh..milah, kau dah salah pasang khemah kau tu! Macam kendur aje aku nampak?" :p

Mak dgn dayang2 subsidi yang begitu setia menemani mak berjalan2pada hari itu. Agak penat katanya..tapi menyeronokkan...itulah yang pentingkan. Apa yang penting? kerjasama...iya! betul tu adik2 semua! ;p

 Amboi mika berdua ni..apalah yang digelakkan tu yer? Ooo..rasa dah tau dah kenapa. Ni mesti gelak pasal cameraman ni terlupa tuang minyak kat Petronas tadikan? Konon2 nak pergi ke Batu Layar tapi
tak perasan minyak dah tinggal 2 bar..dah terpaksa patah balik walau dah separuh jalan ke sana. kan?


Ok...apa yang saya dapat simpulkan mengenai percutian kami bersama mak dan dayang2nya kali ini ke Desaru dan Tanjung Balau adalah seperti berikut..

1. Berdasarkan apa yang kami lalui sepanjang berada di sana...Desaru seolah2 lebih sesuai untuk melakukan aktiviti camping dan picnic bersama keluarga. Tengok ajelah foto kat atas tu. Beberapa buah khemah didirikan dan yang menariknya ialah mereka tu ada pertalian keluarga. Keluarga la kan?

2. Kat Tanjung Balau tu pun sesuai juga dijadikan tempat picnic, scroll foto paling atas tu haa..siap ada wakaf lagi untuk berteduh. Berdasarkan dari pemilik blog Walk Walk Blog ini, kat sini kalau nak tengok mandian bebintang di langit pada waktu malam adalah sangat sesuai...tapi bergantung kepada nasib ketika itu. Kalau ada..kalau takde, layan jelah camp fire..petik gitar main lagu 'Twinkle twinkle litte star' hihihi...;p

3. Apa? Public toilet? hurmm...ini adalah komen kami berdua. Cuba cari maksud tersirat tu yer..hurmm... ;p

4. Nak main layang2? Aha..kat Tanjung Balau tu banyak layang2 dijual hanya perlu keluar duit jer untuk memilikinya. Kalau nak plan dari awal...buat sendiri layang2 kertas dari rumah, main kat sini..haaa...baru hang tau macam mana angin kuat kat sini sampai boleh koyak layang2 kertas tu. kekeke... ;p

5. My personal fav: Desaru la jugakkan..nak buat aktiviti camping kat sini memang sesuai. Bawaklah kawan2 yang jakun tak pernah camping outdoor tu. Ada BBQ pit kat sini, bawa jelah ayam marinate ke, seafood dan bagai segala. Escape to nature beb!

Ok..rasanya sampai sini saja untuk entri kali ini. Mudah2an di kelapangan masa yang lain, kita bertemu lagi dalam cerita pengembaraan bermula pada hari yang lain nanti! In Sha Allah...

Wassalam...

Share:

2 comments:

  1. Salam. Nak tanya kalau bukak khemah tu ada kena charge tak dekat desaru atau kena contact siapa siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam..dekat Desaru ni public beach, tapi nak masuk parking kena bayar satu kereta rasanya kurang RM10. Nak camping tak tau pulak kena bayar berapa..asalkan dah bayar parking dah boleh buat aktiviti camping di sini. begitulah adanya saya rasa.. sekian...tq kungjung blog ini. :)

      Delete