Thursday, August 15, 2013

Salam Aidilfitri 1434 H buat semua pengunjung blog cubit sana cubit sini :-) Di bulan Syawal yang mulia ini saya dan isteri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Jika pernah tersilap kata dan bahasa haraplah dimaafkan. Jika pernah tersinggung kata dalam blog ini, mohon kemaafan dari kami tuan tanah blog cubitsanasini.blogspot.com. 0_0.

Alhamdulilah..kita bertemu lagi dalam satu lagi episod terbaru iaitu 'Hari Raya 2013 dengan Samsung Galaxy Mega'. Mungkin ada yang tertanya2 kenapa berhari raya dengan Samsung Galaxy Mega? Kenapa tak beraya dengan Isteri tercinta? Hehe..power betul soalan tu. Tapi jawapannya tetap sama..iaitu, confirmlah berhari raya dan balik kampong bersama2 isteri tercinta. Walaupun kami berdua orang Johor, kampong saya di Serkat, Pontian dan isteri pula di Muar, kami mempunyai ruang masa yang mencukupi untuk pulang ke kampong halaman di kedua2 belah pihak. Yang membezakannya cuma satu sahaja..haa..cuba teka? Dah tentulah jem di lebuhraya utara selatan. Hehehe..biasalahkan, kalau tak jem tak berayalah gamaknya ooo... :p

Oklah, sebenarnya apa yang nak diceritakan di sini adalah mengenai Samsung Galaxy Mega yang telah saya beli beberapa hari sebelum tiba hari raya. Saya terpaksa membeli sebiji lagi smartphone ni oleh kerana Galaxy SL saya yang terdahulu telah mengalami kerosakan sistem. Ianya sering off sendiri tanpa memberi apa2 notis terlebih dahulu kepada tuannya nih. Hishh..lepas tu restart sendiri. Kalau setakat restart semula takpe, tapi restart yang menghilangkan simpanan nombor telefon dalam phone tersebut. cis cis cis!! Saya bertanyakan rakan di ofis yang sememangnya terer menggodeh android ni, katanya kau dah cuba rootkan kau punya handphone ni? Manalah tahu OK semula. Hmm..kenapa aku tak terfikir eh? Ok..lalu saya pun mencari2 tutorial macam mana cara nak root samsung galaxy SL ni..aha, akhirnya jumpa..iaitu di forum xdadeveloper. Sebuah komuniti terbesar dalam internet mengenai apa jua smartphone dan cara2 menggodeh, mengkonfigurasi, smartphone anda dengan bantuan dari indvidu seluruh dunia yang pakar dalam hal ini. Dengan syarat, anda buat anda tanggung sendirilah..kerana kebanyakan configuration yang ada di sini, kebanyakannya telah diubahsuai mengikut beberapa kategori tertentu..ada yang sukakan kelancaran sistem dengan selesa, ada yang sukakan upgrade smartphone yang lama dari version 2.3.5 kepada 4.2.2. Pokoknya...tidak mustahil untuk melakukan semua ini jika anda tahu macam mana nak mencarinya. Kalau anda pergi ke kedai handphone, belum tentu lagi mereka tahu istilah root, flash rom dsb.

 Menarik jugalah packaging mega ni. Nice n simple. Tapi bukan sebab skrin dia yang besar menjadi
pilihan saya, tapi sebab ada LTE pada harga yang berpatutan! Gaming pun best ooo!!

so make sure ada sticker warranty kat atas kotak tu yer. kalau takde, sila angkat kaki dan jalan!

spesifikasi Samsung Galaxy Mega 6.3. Kita review secara simple kat bawah ni yer..

Untuk review spec Galaxy Mega lebih detail, sila ke laman web gsmarena.com
Saya buat review dengan cara saya yang difikirkan lebih selesa dari menaip panjang berjela teknikal data mengenai galaxy mega ni. Saya cuba mengelakkan dari terlebih teknikal sangat dan mengikut pengalaman sendiri ketika menggunakan mega.

Salah satu kelebihan yang jelas dan nyata dan tidak perlu lampu suluh untuk diberikan penerangan ialah, saiznya yang besar iaitu 6.3 inci dengan resolusi skrin HD 1280 x 720. Tapi kalau setakat saiz HD kalau skrin tak best tak guna juga. Sebab itulah galaxy mega ini diberikan display type SC-LCD, iaitu Super Clear LCD. Pehh..walaupun sekadar Super Clear LCD, tapi jangan sekali-kali dicabar dengan skrin LED smartphone yang lain, hampir serupa sahaja, ataupun lebih baik dari LED! Hehe..tapi itulah kenyataannya. Alah membeli menang memakai cik kiah oi.. ;)

Lagi satu perkara yang menarik mengenai Galaxy Mega ni ialah, adanya fungsi LTE untuk 4G network. Tapi apa tu LTE? Long Term Evolution, satu standard komunikasi wireless berkelajuan tinggi untuk mobile network dan data terminal. Salah satu contoh terbaik adalah, jika line telefon anda tersedia dengan data plan, cuba test tonton video youtube pada apps youtube yang terdapat pada galaxy mega. Confirm takde sangkut2 sewaktu video tu tengah stream. Cool beb! Sedangkan kalau korang nak beli Samsung Galaxy S4 LTE, harganya mencecah sekitar RM 2K. Ehem..tapi berbaloilah beb kalau korang beli S4 LTE tu, sebab performance teknikal specnya memang mantap. Tapi sekali lagi saya cuba bangkitkan perkara ini..sejauh mana anda menggunakan smartphone anda ke tahap maksimum yang mungkin? Adakah anda membeli smartphone seperti S4 hanya sekadar untuk berfesbuk, twitter, whatsapp, kakaotalk? Kalau itu tujuan anda..rasanya eloklah cari smartphone lain yang lebih murah dari S4 LTE tersebut. Untuk pengetahuan anda semua wahai para pengunjung blog ini, saya telahpun explore Galaxy SL saya sampailah ke peringkat rooting dan upgrade firmware kepada version 4.2.2 Jellybean! Saya push SL saya ke tahap maksimum yang mungkin! Begitulah cara untuk kita memahami smartphone  sendiri dengan lebih dekat. Setakat fesbuk aje..hmm hmm... :p

dah menaip panjang lebar, baru ni nak buka kotak bagi orang lain nengok smartphone ni. Ishh..ish..
teruk perangai dibuatnya kiah oiii!! cerita bagai nak rak, baru jer bukak..hehehe.. ;p

standard la ni, warranty certificate dan quick start guide..kalau korang beli smartphone baru ada korang baca kertas2 ni semua? Confirm takdekan..hehehe...

yer, warna putih galaxy mega saya ni eh..bukan hitam

 begnilah interfacenya..smart n simple.

Walaupun kamera galaxy mega ini hanyalah 8MP, tapi cukuplah kot untuk spek yang sebegini. Nak dapatkan 8MP tu kena setting pada camera. Kalau tak, 6MP sahaja. Maklumlah, chipset pun Qualcomm Snapdragon 400, CPU pula dual core 1.7ghz krait. So, if you wanna ask for more, go for S4 LTE or HTC One. Tapi apa yang saya experience sendiri galaxy mega ini untuk test performance grafiknya, saya mendownload game seperti CSR Racing, Minion Rush dan Temple Run 2. Sangatlah superb grafiknya dan kelancarannya. Dalam forum xdadeveloper ni ada user confirmkan main game seperti Iron Man 3, Modern Combat 4, The Amazing Spiderman dalam keadaan lancar dan stabil. Ingat nak try download nanti. ;)

 WatchON. Favret apps kalau nak mengacau channel TV orang lain ataupun
sewaktu isteri sedang menonton rancangan yg kurang best di TV. hehehe...

Satu lagi perkara yang menarik mengenai Galaxy Mega ini ialah adanya apps WatchON. Yang menarik mengenai apps ini ialah anda boleh menonton rancangan TV live ataupun video on demand. Ianya akan rekemen saluran TV  yang menarik kepada anda dan boleh terus tonton on the spot jugak. Tapi apa yang lebih menarik pada saya ialah mengawal TV dan juga Astro di rumah ketika si isteri sedang menonton TV. Tiba2 jer siaran berubah..cemas jugaklah melihat wajahnya yang terkejut tu. Terus saya berkata...entah eh, ada antu tak kat Astro kite ni boleh tukar2 channel sendiri. Hehehe.. ;p

 agak2 rancangan astro kat kedai mamak tu tak best, tukar jer channel dia
senyap2 dgn gunakan apps ni. Lepas tu buat tak tahu jer sambil minum teh
tarik. :p

Oklah..bagi saya masa utk explore betul2 galaxy mega ni, then kalau ada masa lagi kita boleh discuss lg pasal smartphone ni dgn detail. Sebab sekarang ni tgh nak menulis perihal lain pula dalam blog ni.

Wassalam...
Maaf Zahir & Batin.

Share:

9 comments:

  1. Boleh saudara selitkan kualiti gambar dan video yg diambil menggunakan Galaxy Mega ni tak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah..akan saya usahakan dalam masa terdekat ini. Kalau tiada aral hari ini juga saya akan cuba upload.

      Delete
  2. pada sVs, kualiti gambarnya sangat WOW! clear & detail


    Info pulau pemanggil:
    http://sudipvssenduk.blogspot.com/2013/04/pulau-pemanggil-mersing-johor-part-3.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih wahai blogger SvS. Ewah2 mcm tahu2 jer selitkan link pulau pemanggil tu yer. saya dah pernah singgah blog you tu, sbb nak riki2 lagi percutian ke mana pula kali ini. ;) OK tak percutian di sana? makanan?

      Delete
  3. antara percutian ke pulau yg sangat best!
    Makanan biasa2 je tapi bila dah penat & lapar.. semuanya jadi sedap :)

    ReplyDelete
  4. patutla kalau saya makan kat kedai mamak ke apa2 kedai yang ada astro,tengah2 syok tengok drama sambil makan, remote kat kaunter tibe2 channel tukar sports. grrrrrr >:o hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gitulah gayanya, keluarkan aje smartphone tu, unlock, pilih apps ini, terus aje picit no.kegemaran. mari kita lihat siapa yg kena! wheeee...

      Delete
  5. Boleh ajar detail tak mcm mana nak setting camera dari 6mp ke 8mp tu? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..Cik/Pn NurSyaierah boleh membaca artikel saya lagi satu ini. Ada tutorial mcm mana nak setting camera menjadi 8MP. http://cubitsanasini.blogspot.com/2013/07/sample-foto-dari-samsung-galaxy-mega-63.html

      Delete