Sunday, October 2, 2016

Kemungkinan besar ada sekumpulan manusia yang mempunyai bakat dan kreativiti yang amat baik dalam penghasilan kerja berkaitan produksi multimedia. Mereka ini jenis yang tidak berkira untuk mengeluarkan idea bagi menjayakan sesuatu projek jadi realiti. Apa yang terbaik dalam fikiran dicurahkannya ke dalam kertas putih bersaiz A4 dalam MS word yang ditaip secara digital dan kemudian dicetak bagi tujuan semakan semula. Baris demi baris disemaknya skrip hasil pemikiran kreatif dirinya. Kemudian difikirkan pula watak-watak yang boleh dijadikan pelakon tanpa perlu menggilap bakat tersebut dengan terperinci oleh kerana mereka adalah orang awam ataupun kebanyakkan. Dengan sejumlah wang kecil dapatlah barisan pelakon tersebut menikmati hasil titik peloh mereka yang berhari-hari melakonkan watak yang diciptakan oleh penulis itu tadi dengan begitu baik sekali. Lalu, pengarahan yang dilakukan dengan jayanya oleh penulis itu sememangnya memuaskan hati si penulis. Dia ingin berkarya lagi tanpa ada rasa jemu kerana dia fikir ideanya endless!! tidak berpenghujung!! Dia mahu sentiasa teroka dan teroka peluang yang boleh bagi mengembangkan sayapnya lebih lebar dengan niat boleh terbang lebih jauh dan jauh ke sana!

Akan tetapi..niatnya itu barangkali terbantut! Kenapa begitu? Lebih sepuluh tahun dia sudah menabur bakti. Dia ada bakat, kreativiti, tech-savy dengan gadget audio dan videonya. Suara lembu barangkali boleh diterjemah semacam penyanyi nombor 1 negara. Suara sengau barangkali boleh ditune semacam Anuar Zain. Angle mana dari viewfinder kamera dia nampak cantik, dia lebih percaya angle dari matanya sendiri dalam sinematografi. Begitulah gambaran yang dapat divisualkan mengenai dirinya. Tetapi amat sukar yang satu ini. Dia mahu merasa apa ada pada  angka selepas itu, angka lebih tinggi dari angka yang disandangnya sekarang. Kerana dia tahu apa kebolehan dan kemampuan dirinya. Mahu bikin filem masuk panggung pun boleh tapi ada-ada saja kekangannya. Yang lain-lain pun berlumba menukilkan surat dengan harapan mahu terbang lebih jauh. Dia pun tidak ketinggalan. Dengan pengalaman, dia bawa bakat dan kreativitinya ke dalam kertas putih tersebut. Berhati-hati dia menaip sambil mengingat kembali sumbangan yang telah ditumpahkan ke dalam organisasi dia kerja. Konon-kononnya semacam kerta kerja mahu beli Singapura. Kemudian dihantarnya surat memohon untuk naik pangkat. Berbulan dinantikan jawapan oleh pihak management tetapi tidak ada satupun jawapan kepadanya. Ah..sudah, apakah dia bermimpi sahaja atau mengharap setinggi gunung setaman kasih, setandan daun pisang? Sedangkan Bos kecik terdahulu yang benar-benar menyuruh kesemua staf di bawah seliaannya berbuat begitu. Diikut sahaja. 

Tapi..anehnya tiba-tiba sudah ada pembikinan kertas kerja kenaikan pangkat bagi beberapa orang rakan staf yang lain diberikan perhatian. Sudah sampai ke peringkat management katanya..tapi oleh kerana tiada bajet bagi tahun hadapan, maka terpaksa simpan hasrat itu barangkali. Waduh...kenapa jadi begini? Sedang sudah ada calon kenaikan pangkat rupa-rupanya, jadi apa guna si dia dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh menukil surat memohonan naik pangkat tapi yang dipandang mata oleh Bos besar sikit hanya segolongan dua? Apakah barangkali sijil atau Diploma, atau Degree yang si dia ada itu tidak memenuhi kehendak organisasi dia kerja? Atau tidak setanding dengan segolongan dua itu punya sijil barangkali? Jadi apa gunanya dinamakan kenaikan pangkat kalau tidak mahu dinaikkan pangkat staf-staf seperti si dia dan rakan-rakan yang lain hanya kerna sudah ada calon yang lebih sesuai? Aduh..maaflah, kiranya si dia itu yang punya bakat dan kreativiti masih tidak cukup lagi kriteria yang mahu diambil kira. Maaflah kiranya kedatangan ke organisasi itu hanyalah mawar memutik seketika layu akhirnya nanti. Maaflah juga akan kehadiran ke sana ibarat persinggahan sementara. Si dia mungkin sudah ngerti, bukan ini yang dia mahukan..kalau di pihak post production company barangkali dia dipandang dengan baik akan bakat dan kreativiti. Dia diperah dengan cukup-cukup bagi menghasilkan kreaitiviti yang lebih baik dari satu projek ke satu projek yang lain. 

Dia hanya bermimpi di siang hari

Nukilan penulis
Producer | Cinematographer | Voice over

Share:

0 comments:

Post a Comment