Friday, May 19, 2017

Bangkit dari Kejatuhan..NOKIA
NOKIA 8 kini semakin mendapat tempat di hati pengguna



Sumber imej: http://trustedreviews.co.in/nokia-8-launch-date.html

Wowza...bila sebut aje pasal NOKIA, pasti ada di antara kita telah mendapat gambaran awal handphone yang bagaimana bentuk NOKIA ini. Yer..model handphone NOKIA paling popular suatu ketika dahulu iaitu 3210, 3310, Sabun, Pisang dan juga Butterfly. Hahaha..eh, korang confuse eh terms yang penulis gunakan di atas? Hehehe..itulah kreatifnya orang kita dahulu kala, pantang tengok bentuk handphone pelik sikit, terus dilabel handphone tersebut ikut bentuk yang dirasakan sesuai dengan persekitaran. Tapi itu dahulu..zaman penulis waktu tengah study di IPT. Dan barangkali pembaca dalam blog ini juga pernah merasai menggunakan handphone jenama NOKIA. Yelahkan..waktu itukan masih pakai keypad lagi. Nak taip SMS panjang lebar pun kena betul-betul sabar nak tekan abjad ABC pada keypad tersebut. Kalau tengah marah macam mana pulaklah gayanya tekan keypad SMS tu eh? :p. lepas tu kalau terlebih aje taip SMS, dihantarnya sambungan SMS yang kedua pula. Ohh..syahdunya waktu itu. ;)

Tapi...semuanya telah jadi sejarah...

Walau sehebat dan sebesar mana NOKIA pada ketika itu, angin perubahan semakin menderu ganas dalam percaturan dunia telekomunikasi yang kita sendiri saksikan bagaimana NOKIA telah bungkus, ikat tepi dan jual kepada Microsoft sekitar tahun 2014. Kenapa? Kerana NOKIA telah buat kesilapan besar pada tahun 2011 dengan tandatangan bersama Microsoft untuk hasilkan handphone berasaskan Windows.

Pada tahun 2007 pula Apple telah menghasilkan iPhone yang pertama dengan kemampuan touchscreen dan apps yang boleh didownload dan install dalam OS tersebut. Woosh..lanskap dunia smartphone terus berubah lebih canggih dan mesra pengguna. Samsung dengan pantas naik tangga untuk mengejar Apple, Symbian OS ketinggalan ke belakang..kesilapan NOKIA adalah tidak menyahut seruan perubahan oleh Apple pada ketika itu. Maklum sajalah..nama company pun Apple. Dahlah hasilkan komputer yang memang canggih dengan OS dalam kelas tersendiri dan juga ada target pengguna seluruh dunia, inikan pula NOKIA yang ada handphone sabun, pisang, daun, butterfly, NGAGE. Campur kesemua handphone tu masih tak boleh fight iPhone yang pertama. Dahsyat sungguh permainan gajetkan? Sekali dah ada perubahan besar yang majoriti ramai orang suka, ketinggalan jadinya smartphone yang lain. Persaingan harus sihat..



Tetapi..kini NOKIA bangkit kembali untuk beraksi dalam platform Android pula!!

Ingat..walaupun NOKIA telah buat partnership dengan Google untuk Android dan Foxconn untuk pembangunan device tersebut, kebanyakan competitor kecil dan sederhana pembangun smartphone turut terasa akan getaran kemunculan kembali NOKIA ke dalam industri ini. Adakah kemungkinan NOKIA akan menerajui semula permainan smartphone? Masa sahaja yang akan menentukan segalanya..dan lagi, telah banyak jenama smartphone Android di pasaran!

Memperkenalkan Nokia 8! 

Smartphone ini boleh dikategorikan dalam kelas high-end yang dipacu oleh chipset Qualcomm Snapdragon 835 dengan CPU kuasa kuda octa core (8 core dalam sekeping CPU) iaitu 4x 2.45GHz Kryo & 4x 1.9GHz Kryo. Enjin grafik pula dipacu oleh Qualcomm Adreno 540. Selain daripada itu, saiz paparan Nokia 8 ialah berukuran 5.7 inci dengan resolusi 2K iaitu 2560x1440 (dengan ~515 ppi pixel density) IPS LCD pula dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass 5 yang mana kebanyakan smartphone high-end terkini menawarkan ciri sebegini untuk ketahanan lebih lasak dalam penggunaan harian oleh pengguna.

Ruang storan dalaman Nokia 8 bersaiz 64 GB dan 128 GB (2 jenis model) beserta 6 GB RAM. Namun ruang storan boleh ditambah menjadi lebih besar dengan membeli micro SD card bersaiz 256 GB.

Bagi penggemar foto yang lebih suka menggunakan smartphone untuk menangkap gambar, Nokia 8 menawarkan kamera beresolusi 24 MP (primary) dengan dual LED (dual tone) flash. Kamera bahagian depan (secondary) pada resolusi 12 MP dan lensa smartphone ini adalah dari jenama Carl Zeiss. Sudah tentu menyeronokkan bila selfie! Untuk rakaman video pula smartphone ini akan merakam dengan resolusi dan frame rate pilihan anda samada 2160p@30fps atau 1080p@30fps. Agak high-end apabila kita melihat jumlah resolusi yang berbeza tapi pada kadar frame rate yang sama. Tentu saja 2K display akan hasilkan fail video yang bersaiz besar. Bersiap sedialah dengan external micro SD card pada yang gemar merakam foto dan video.




Ciri-ciri lain pula adalah seperti OS yang akan dimuatkan dengan Android Nougat 7.0, kapasiti bateri lebih tahan lama iaitu 3999 mAH dan masa charging lebih pantas menggunakan teknologi Qualcomm Quick Charge 4.

(Nokia 8 dijangka akan masuk pasaran antara Jun dan Julai 2017)
(Lain-lain model Nokia dengan Androis OS ialah Nokia 3, 5, 6, 7, 9)

Rumusan
Akhirnya, apa yang penulis harapkan di sini adalah, dengan kembalinya Nokia ke dalam pasaran industri smartphone, sekurang-kurangnya akan ada game changer yang bakal berlaku bagi memecahkan suasanan yang agak stabil dalam market smartphone sekarang ini. Walau OS dari Google Android, semua peranti smartphone Android dari pelbagai jenama lahir dari OS yang sama; Walau smartphone berlainan jenama, peranti dalaman tetap pengeluar yang sama cuma performance berbeza-beza. Bagaimana akan ada game changer jika peranti dalaman dan luaran dari pengeluar yang sama? Sama-sama kita nantikan kemunculan Nokia 8 ini.

Jeffri Rahman
Producer | Cinematographer | Voice over

Share:

0 comments:

Post a Comment