Sunday, October 1, 2017

LEGO OH LEGO, KAU MEMANG LEGO BETULLAH!

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam muafakat buat semua pengunjung budiman blog cubitsanasini.blogspot.my, sebuah blog yang menceritakan kisah penulis dalam menjalani kehidupan sebagai Hamba Allah yang membawa watak pekerja, ayah, suami, anak beserta komuniti masyarakat yang berada di sekelilingnya. Alhamdulillah..kita bertemu lagi dalam entri terbaru iaitu kisah penulis kena LEGO dengan Lazada!    

Korang nak gelak pun gelaklah, silakan..memang dah lama teringin nak beli dan main lego ni. Waktu zaman kanak-kanak dulu merupakan the last time main lego. Memang seronok walau tak banyak sangat bricks!. Tapi bila dah ada anak yang semakin nak membesar ni elok juga dibelikan lego untuk explore kreativiti. Anak penulis pula selalu minta smartphone seawal bangun tidur dan balik dari rumah pengasuh. Ada masanya dia suka main jigsaw puzzle, rubber bricks Enfagrow, nonton Boboiboy, Omar & Hana, Tinker Bell, Ballerina dan sewaktu dengannya. Kalau tak dapat akses Youtube, minta tolong dengan mak atau ayah untuk onkan data. Hehe..pandai betullah budak-budak sekarang ni. Kena kawal penggunaan smartphone jangan terlebih-lebih guna.

Jadinya, penulis ambil keputusan untuk beli LEGO secara online di Lazada. Belek punya belek barang mainan Lego ada banyak model rupanya mengikut tema tersendiri. Ada Lego Classic, Star Wars, NinjaGo, The Simpsons, Batman, Architecture dsb. Elok pilih yang bersesuaian dengan peringkat usia. Dan yang paling penting berpatutan dan tak terlalu mahal. Kannn....   Place order model Classic 10702 dan walaa..keesokannya sampai. Demn fast!



Kurier GDEX ni pula berdekatan sangat dengan rumah penulis, elok ambil terus di pejabat cawangan tanpa perlu tunggu mereka deliver. Maklumlah..excited nak memBINA kreativiti.  . Pengalaman penulis beli barang online di Lazada ni ialah setiap kali nak place order kita boleh tengok ETA barang tersebut akan sampai pada waktu bila. Dan apabila barang masih ada stok serta dijual dalam negara, kebarangkalian untuk barang itu sampai pada waktu yang singkat memang boleh dijangka. Lebih-lebih lagi kita boleh tracking parcel tersebut di laman web kurier yang terpilih untuk deliver barang kita.

Alhamdulillah..penulis bagi      kerana parcel dalam keadaan baik dan selamat. Sebelum ambil barang kena telefon dulu bagi kepastian bahawa parcel telah sampai seperti mana tertera dalam tracking system kurier tersebut. Waktu ambil dari GDEX tu ingatkan berat sangatlah kotaknya, maklumlah...nampak besar tapi taklah berat mana. Petugas GDEX pula bagi layanan yang baik dan sempat berseloroh, "lari kejap ke sini eh nak amek barang" hehehe...kan penulis dah cakap dekat sangat GDEX ni dengan rumah.



Lama sangat ayah nak buka kotak ni, saya main handphone mak dululah.    



Parcel tersebut didatangkan di dalam kotak berlogo jenama LEGO dan di dalamnya diisi actual kotak LEGO yang warna kuning tu. barulah feel LEGO!   

Tadi dia tengok handphone mak, sekarang ni bila dah buka kotak barulah dekat-dekat dia datang. ;)



Bila dah buka kotak LEGO warna kuning tu bermacam jenis warna bricks yang tersusun kemas dalam plastik mengikut susunan warna supaya mudah dikenalpasti bila nak memasangnya. Selain dari itu ia juga didatangkan dengan manual instructions bergambar cara-cara nak pasang bricks ikut bentuk mainan. Anak penulis pun dah mula enjoy main LEGO ni. Asyik bertanya aje nak main LEGOLAND ayah. Kalau tak dapat LEGO pasti dia akan minta handphone. Maklum sajalah..bricks lego ni kecil saiznya dan perlu ada orang dewasa mengawasi cara mereka bermain. Setakat ini ayah dan anak sama-sama main LEGO atas meja kecil warna pink tu. Kita belum ada lagi meja dan storage khas untuk mainan LEGO ini. Yelahkan..sebab baru beli satu set, mana tahu akan datang nak beli lagi jadi lebih banyak dan besar koleksinya pula! Insha Allah..main LEGO ni tak membosankan kerana bukan setakat karakter dalam instuctions sahaja yang kita boleh bina, malahan idea kita sendiri pun macam-macam boleh bikin ikut imaginasi dan kreativiti sendiri.



Ayah tunjukkan cara nak pasang LEGO dengan ikut arahan bergambar. Alhamdulillah..anak ayah ni dapat ikut simple instruction tapi masih perlu monitor cara pemasangannya itu. Yang penting dia faham jalankerja pemasangan.

Memang ayah perasan anak ayah ni nak main mainan lain selain apa yang ada kat rumah. Dalam bilik pun memang dah ada mainan tapi nak mainan lain pula, eloklah beli LEGO supaya dapat mengembangkan potensi minda dan kreativiti. Ayah pun dapat main sama juga tau!   Berebut-rebut nak ambil bricks. Walaupun cara pemasangannya tidak berapa kuat tapi dia dah tahu cara nak manipulate dan bangunkan idea LEGO yang tersendiri ikut acuan dirinya. Itu yang ayah suka. Dapat juga dia zahirkan kreativiti yang selama ini mungkin mak dan ayah kurang perasan. Sebab selalunya dia suka berangan menyanyi depan tv. Tak kiralah kalau lagu tu Baby Shark, Omar & Hana, Boboiboy ataupun lagu-lagu dalam drama yang maknya menonton di channel Astro. Mesti dia nak nyanyi sama walau tunggang terbalik sebutannya. 



Waktu 1st time pasang LEGO ni, ayah akan tunjukkan bentuk dan warna bricks apa yang diperlukan untuk pasang sesuatu objek berdasarkan manual instruction. Dia pun berkata "OK" dan merendamkan tangannya yang kecil molek tu ke dalam botol kuih raya (storage sementara)  . Waktu nilah minda dia berfungsi mencari bricks yang akan-akan sama bentuk dan warnanya. Kadang-kadang ada silap juga, takpa dah namanya pun proses belajar. Gitulah adatnya. Bersemangat nak siapkan mainan LEGO. 



Yang ini ayah yang pasang tapi tak tahu bentuk apa. Nampak dah macam speed boat cuma takda propellor. Haha..



Cuma apa yang penulis perasan bila shopping online di Lazada ialah, ada yang murah dan ada yang mahal. Ini terbukti bila penulis dah buat pembayaran secara online di Lazada, kemudian pergi pula search kat google beli LEGO online di Malaysia. Ternyata ada online store yang agak murah berbanding Lazada. Contohnya ialah Brickssmart.com dan Mightyutan. Kedua-dua online store ini menjual pada harga yang murah berbanding Lazada. Dan penulis juga perasan sebelum membuat pembayaran, Mightyutan merupakan pekedai online yang menjual produk LEGO ini dan harga sewaktu pembelian ialah RM 143.88. Bila search lagi sekali kedua-dua pekedai ini di Google ternyata harga di laman web mereka lebih murah berbanding Lazada.



Harga di Lazada.com.my (RM 143.88)



Harga di Website Mightyutan.com.my (RM 107.91)



Harga di Brickssmart.com (RM 101.92)

Barang dah pun beli dan selamat sampai ke rumah, tidak ada gunanya lagi untuk berduka ketika ini jika membandingkan harga pada laman web di atas. Isteri penulis kata, dahlah bang, tak payah tengok lagi. Hehehe..baiklah sayang. Mungkin next time penulis nak beli lagi produk LEGO akan beli pula pada website di atas ini. Ok..baiklah, setakat ini sahaja coretan dan bebelan penulis berkenaan beli LEGO, main LEGO, tidur LEGO. Main lego ni memang tak pernah puas, dah siap satu nak buat lagi yang lebih besar. Nak buat yang lagi besar kena pula ada storage simpanan untuk menyusun bricks ini ikut warna dan kategori. Kalau dah bercampur susah sikit nak cari. Jadi jika anda di luar sana pemain LEGO tegar sudah pastinya ada jalan solusi bagi storage LEGO anda. Bertemu lagi di coretan akan datang. Insha Allah...

Wassalam

Jeffri Rahman

Producer | Cinematographer | Blogger

Share:

0 comments:

Post a Comment